Monday, December 26, 2011

Ziarah IKIM.FM - Nik Hasnah Ismail

27 December 2011 Radio IKIM.FM
Saya dipelawa oleh seorang sahabat baik saya ketika diMakkah untuk berkunjung ke pejabat beliau.Sememangnya sesuatu yang amat ditunggu tunggu untuk bekunjung ke konti radio, lagi lagi radio ini adalah radio favourite saya sejak 2tahun lepas.

Selepas makan tengahari kami terus menuju ke pejabat sahabat saya, dalam perjalanan saya beritahu pada sahabat saya

"sejujurnya saya tidak pernah terfikir dalam hidup saya yang saya akan ada kawan dalam bidang penyiaran radio dan akan berkawan baik dengan orang aliran ini..tetapi sepjg saya mendengar IKIM saya amat mengagumi usaha usaha IKIM buat..dan hari ini saya dapat hadir ke tempat dimana selalunya saya hanya dengar diradio sahaja...dan awak..saya berkawan rapat dengan baik..(alhamdulillah detik kecil dalam hati saya hadiah dari Allah untuk saya)...so saya amat terima kasih dengan pelawaan ini..cukup seronok"

Setelah beberapa tika didalam konti..dan sahabat saya menunjukkan cara kerjanya..ternyata bukan calang orang yang dapat duduk di kerusi juruhebah dengan celoteh yg begitu fasih tanpa sebarang cacat cela..amat mengagumkan saya..beliau cukup professional..

Teringat awal perkenalan kami di Makkah..seketika mengimbas..dan melihat wajah beliau..begitu banyak rahsia yang terukir diwajah beliau yang manis..namun kesimpulannya si tabah ini tahu apa yang dimahukan didalam hidupnya..dan tahu kemana arah tujunya..

Well Nik Hasnah Ismail hari ini saya bangga mengatakan saya peminat No 1 IKIM dan peminat No 1 awak..selamat maju jaya dalam bidang awak..moga Allah permudahkan segala niat baik dan kerjaya awak..amin Ya Rabb

No comments:

Post a Comment