Thursday, December 22, 2011

USRAH Abdullah Omar (Part 1)

9pm, Pelita Bangsar, Kuala Lumpur.
Pertemuan pertama setelah berkenalan dengan sahabat ini di Raudhatus Sakinah.Abdullah Omar seorang anak muda berusia 24tahun kini sebagai tenaga muda sepenuh masa yang menumpukan kehidupannya membantu anak anak muda remaja yang bermasalah untuk bangkit perbaiki diri kearah yang lebih baik lagi.

Semalam kami berjumpa sebagai satu Majlis Taaruf untuk pembentukan baru kumpulan USRAH kami.Saya amat mengagumi cara anak muda ini.Walaupun tiada background Islamic Studies tetapi beliau dapat menyampaikan setiap bait bait ayat itu dengan baik.Ini bezanya apabila seseorang itu berilmu dengan penghayatan penuh untuk diamalkan.

Apa itu USRAH dan siapa pencetus idea ini? 

Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. adalah orang yang bertanggungjawab keatas proses pembentukan USRAH ini
Anda boleh download antara himpunan karya beliau yang saya sertakan disini 

Himpunan Risalah Hasan Al Banna

dan usrah ini kata Hasan Al Banna ialah :


Usrah
Islam mengambil berat soal pembentukan keluarga di kalangan sesamaumat Islam. Islam membimbing mereka ke arah kedudukan yang tinggi. Islammengeratkan ikatan dan hubungan sesama mereka. Islam juga meningkatkantahap persaudaraan mereka daripada hanya pada tahap teori ke tahap amali.Saudara, berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yangbaik dalam binaan Islam ini.Sistem usrah ini mempunyai tiga rukun. Jagalah rukun-rukun ini. Cubalahsedaya upaya untuk merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukansekadar kerana suatu arahan sebaliknya ada roh di sebalik pelaksanaannya.

dalam usrah ini ada beberapa rukun yang perlu diamalkan
1. Taaruf (kenal mengenali)
2. Tafahum (faham memahami)
3. Takaful (bantu membantu)



No comments:

Post a Comment