Tuesday, December 20, 2011

Travelog ( Part 2)

BEKALAN

Saya bawakan contoh agar kita paham dan nampak apa jenis bekalan yang dimaksudkan.

Cuba bayangkan yang anda ingin ke pejabat, sekolah atau mana mana saja rutin harian anda perlu pergi selain di rumah. Sebagai contoh "pejabat", anda sudah tentu perlukan beberapa perkara sebagai bekalan untuk menghadapi hari anda di pejabat. Contoh ; duit untuk makan, ilmu untuk menguruskan hal hal kerja anda, pakaian yang elok untuk ke pejabat dan sebagainya yg memenuhi tuntutan kerja anda.

Itu untuk pejabat, kita pergi skop sedikit kehadapan lagi iaitu anda akan bercuti dimana2 pusat peranginan selama 3hari lebih kurang. Dalam masa 3hari itu sudah tentu ada perlu sediakan "bekalan" yang lebih dari persediaan anda kepejabat tadi bukan?

Baju yang lebih..ilmu yang banyak tentang tempat yang ingin anda bercuti itu..duit yang cukup..dan sebagainya bagi memenuhi tuntutan percutian anda..

Lihat pula pada orang yang hendak pergi menunaikan haji..yang bermusafir 40hari lebih lamanya di tempat orang..apa jenis bekalan yang mereka sediakan dan persiapkan buat diri mereka...berapa banyak kursus sudah mereka hadir...berapa banyak wang sudah dihabiskan membeli keperluan..berapa byk tabungan sudah mereka sediakan..hanya kerana hendak tunaikan haji dan menghadap Allah..

persoalannya "bekalan jenis apakah yang sudah kita sediakan untuk kita menghadap Tuan Pemilik Alam..adakah bekalan yang biasa biasa sahajakah atau persediaan yang sehabis baik dan yang terbaik?"

Aku punya khilaf ku dan ku perbaiki bagaimana dengan kamu?

No comments:

Post a Comment