Thursday, December 22, 2011

Shafiq Firdaus Misdi

Masih segar namamu wahai sahabat ku..walaupun sudah lama tidak berjumpa..namun kenangan zaman persekolahan kita masih subur didalam ingatan..betapa kau meminati sastera dan tidak pernah mengecewakan cikgu yang memberi latihan..untuk dihantar dan diperiksa..

Hari ini kita berjumpa lagi..berjumpa didalam keadaan cukup berbeza..sedang kau telantar sakit dan aku berdiri lesu menghadap mu..sedang kau bergelut dengan nyawa mu antara hidup dan mati..aku pula gelisah melihat akan keadaan mu..

Sebak sungguh hati ini melihat ibumu memanggil manggil namamu..merayu rayu agar kau bangun segera memeluknya..setelah semua tiada..aku dapat capai tangan mu lalu berdoa..

"Ya Allah..kau ampunkanlah dosa sahabat ku ini..Kau bantulah dia untuk sembuh dan melawan penyakitnya..Kau kuatkanlah semangatnya.. Ya rabb sekiranya sampai satu tika nanti Kau harus menjemputnya maka jemputlah dia dalam keadaan dia beriman kepada mu...hadiahkanlah dia Jannah firdausi Mu..Amin Ya Rabb"

Sungguh sebak..namun aku tahan juga airmata ini sebab menghormati si ibu yang amat gelisah..takut takut si ibu pula risau kalau aku menitiskan airmata..namun dalam hati ini berbagai perasaan timbul..
bagaimana keadaan aku dijemput esok?
sempatkah aku perbaiki diri?
dimana tempatku selepas kehidupan ini?
cukupkah amalanku?
dan pelbagai soalan yang tiada jawapannya pada waktu itu..lalu ku tinggalkan sahabatku dengan ucapan..assalamualaikum ya shafiq dan jaga dirimu baik2..

teringat beberapa hadis Nabi mengenai menziarah orang sakit..

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah;

a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.
Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;

((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [HR Bukhari]

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”. [HR Bukhari]
Rasulullah saw bersabda: “Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu:

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (tujuh Kali). [HR At-Tirmizi dan Abu Daud]

Doa Jibrail kepada Nabi saw ketika Baginda sakit:

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ
“Dengan Nama Allah aku menjampikan mu dari semua perkara yang menyusahkanmu…” [HR Ibn Majah]

g- Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;
“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca: بِسْمِ اللهِ.
“Bismillah” tiga kali, dan baca tujuh kali:

أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [HR: Muslim].
h- Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;
اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
“Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut”.
i- Ajaran kepada orang yang sedang nazak; La ilaha illallah!
“Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

wallahualam..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..hidup sebelum mati..

1 comment:

  1. terima kasih kerana menziarahi daus sebelum dia pergi...and many thanks for remembering him dalam blog ni...

    ReplyDelete