Wednesday, December 21, 2011

Kau buat ku tersenyum

"x terlambat utk sy perbetulkan diri..dan sy nak ucap pada awak..terima kasih..awak byk buka minda sy..walaupun ia sedakar dlm fb"

" sbb sy kata awak bg sy tersenyum..kalau kita x bertemu pun, sy rs x kisah.. cukup la nasihat awak dlm fb ni.. dah buat sy tersenyum"

berikut adalah petikan kata kata seorang sahabat yang aku kenal yang dalam perjalanannya mencari Tuan Pemilik Alam..dan aku yang tidak ada apa apa ini hanya dapat membantu apa yang terdaya untuk memastikan bahawa dia sentiasa beroleh apa yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan menuju Allah..

aku memandang proses hijrah ini apabila berkehendakan Allah segalanya menjadi mudah..setiap perkara menjadi lancar...setiap bantuan sampai seperti angin berlalu..setiap halangan relai ibarat badai menghempas..



aku selalu peringatkan diriku untuk sentiasa membantu dan berbuat baik dengan orang yang memerlukan sekiranya aku mempunyai kelebihan dalam hal hal tertentu..

إِنَّ رَحْمَتَ اللهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ 56    
”Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-a’raf:56)

Yakni, orang yang berbuat baik dalam beribadah kepada Allah, dan berbuat baik kepada para hamba Allah.

pesan aku setiap perkara dalam hidup kita ibadah..jangan terlalu sempit ibadah itu hanya di atas sejadah..belapar perut..didepan kaabah sahaja..ibadah itu universal..mengutip duri tepi jalan dengan niat tidak mahu orang lain sakit terpijaknya pun adalah ibadah..ibadah boleh jadi apa sahaja..setiap saat dan detik ibadah..mengingati Allah selalu itu adalah pokoknya..cubalah aku pasti ketenangan bakal mengunjungi laman hati mu..insyallah

No comments:

Post a Comment