Thursday, December 29, 2011

Sayang abang pandai bukan..

Assalamualaikum

Walaikumussalam, Abg.. humaira ni..


Ya sayang, abg tahu kenapa sayang?

Humaira tengah sedih, abg ada dimana?

Pejabatlah.. kan waktu bekerja ini..kenapa humaira abg sedih ni..

Tadi humaira masak sup termasin sedikit..ibu perli humaira kata macam ni nak jadi isteri..
Humaira bukan sengaja..humaira masak pun untuk abg tapi ibu perli pula..


Hehehe..manjanya sayang abg..nak dipujuklah ni yer..sayang tahukan ibu bukan bermaksud macamtuh..Ibu nak ngajar sayang cuma cara sahaja yg kurang tepat..janganlah bersedih ye..nanti sekejap lagi abg balik kita rasa sup humaira sama sama ye..Sayang abg pandai bukan..dia takkan menyerah pada syaitan yang suka mencuit hatinya dengan nafsu yg tidak baik bukan..so jangan bersedih ye..nanti abg balik muka masam lagilah tak comel..hehe..


Abg ni...orang betul betul dia main main pula..


Ye abg tahu sayang..janganlah merajuk macam ni tak elok..balik karang abg pujuk ye..sekarang waktu kerja takelok cakap lama lama..rezeki..ok sayang?


Baik abg..minta maaf yea..humaira ganggu abg..Assalamualaikum abg..

Walaikummusalam sayang

Tuesday, December 27, 2011

Sedikit tetapi banyak, banyak tetapi sedikit

Kata si bijak pandai "sedikit tetapi banyak..itu lebih baik daripada..banyak tapi sedikit"
itulah amal ibadah mu yang disertai istiqamah yang berterusan..wallahualam

Jaga Allah dan Allah jaga kamu!

Kamu cari apa?
Cari Allah..
Mana ada Allah untuk kamu..
Kenapa tiada Allah buat diriku (bersedih)..
Kerana kamu tidak berpegang pada janji janji mu..
Apa janji janji ku?
Innasolati Wanusuki Wamayahya Wamamati Lillahirabbil alamin..
Habis apa yang perlu aku buat?
Jaga Allah nescaya Allah jaga kamu..

Monday, December 26, 2011

Ziarah IKIM.FM - Nik Hasnah Ismail

27 December 2011 Radio IKIM.FM
Saya dipelawa oleh seorang sahabat baik saya ketika diMakkah untuk berkunjung ke pejabat beliau.Sememangnya sesuatu yang amat ditunggu tunggu untuk bekunjung ke konti radio, lagi lagi radio ini adalah radio favourite saya sejak 2tahun lepas.

Selepas makan tengahari kami terus menuju ke pejabat sahabat saya, dalam perjalanan saya beritahu pada sahabat saya

"sejujurnya saya tidak pernah terfikir dalam hidup saya yang saya akan ada kawan dalam bidang penyiaran radio dan akan berkawan baik dengan orang aliran ini..tetapi sepjg saya mendengar IKIM saya amat mengagumi usaha usaha IKIM buat..dan hari ini saya dapat hadir ke tempat dimana selalunya saya hanya dengar diradio sahaja...dan awak..saya berkawan rapat dengan baik..(alhamdulillah detik kecil dalam hati saya hadiah dari Allah untuk saya)...so saya amat terima kasih dengan pelawaan ini..cukup seronok"

Setelah beberapa tika didalam konti..dan sahabat saya menunjukkan cara kerjanya..ternyata bukan calang orang yang dapat duduk di kerusi juruhebah dengan celoteh yg begitu fasih tanpa sebarang cacat cela..amat mengagumkan saya..beliau cukup professional..

Teringat awal perkenalan kami di Makkah..seketika mengimbas..dan melihat wajah beliau..begitu banyak rahsia yang terukir diwajah beliau yang manis..namun kesimpulannya si tabah ini tahu apa yang dimahukan didalam hidupnya..dan tahu kemana arah tujunya..

Well Nik Hasnah Ismail hari ini saya bangga mengatakan saya peminat No 1 IKIM dan peminat No 1 awak..selamat maju jaya dalam bidang awak..moga Allah permudahkan segala niat baik dan kerjaya awak..amin Ya Rabb

Friday, December 23, 2011

Serabut

Otak aku berserabut..
Fikiran melayang..
Emosi terganggu..
Banyak benda yang menganggu benak pikiran aku..
Stress..letih..confuse..penat..emosi..macam macam pun ada..
Apa perlu aku buat..hanya duduk dan diam menanti apa gerak dan ilham bakal tiba..
Sungguh takelok apa aku rasa..
Moga Allah sentiasa melindungi aku didalam rahmatNya..
Thanx Allah..
xoxo

Thursday, December 22, 2011

Shafiq Firdaus Misdi (Part 2)

Baru pagi tadi aku bercerita tentang dia di blog ini..baru semalam aku bersua..pertemuan yang singkat..Allah menjemput dia cepat..Selamat pulang kepada Tuan Pemilik Alam wahai sahabat..semoga dicucuri rahmat dan ditempatkan dgn para solihin..

Khabar yg dikirimkan oleh seorang sahabat melalui FB ini amat menyentuh hati namun Allah lebih menyayanginya..moga dipetang Jumaat ini dengan renyai hujan..mudah mudahan memberi barakah pemergiannya..wallahualam..

Al Fatihah

USRAH Abdullah Omar (Part 1)

9pm, Pelita Bangsar, Kuala Lumpur.
Pertemuan pertama setelah berkenalan dengan sahabat ini di Raudhatus Sakinah.Abdullah Omar seorang anak muda berusia 24tahun kini sebagai tenaga muda sepenuh masa yang menumpukan kehidupannya membantu anak anak muda remaja yang bermasalah untuk bangkit perbaiki diri kearah yang lebih baik lagi.

Semalam kami berjumpa sebagai satu Majlis Taaruf untuk pembentukan baru kumpulan USRAH kami.Saya amat mengagumi cara anak muda ini.Walaupun tiada background Islamic Studies tetapi beliau dapat menyampaikan setiap bait bait ayat itu dengan baik.Ini bezanya apabila seseorang itu berilmu dengan penghayatan penuh untuk diamalkan.

Apa itu USRAH dan siapa pencetus idea ini? 

Al-Syahid Hasan bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Banna rh.a. adalah orang yang bertanggungjawab keatas proses pembentukan USRAH ini
Anda boleh download antara himpunan karya beliau yang saya sertakan disini 

Himpunan Risalah Hasan Al Banna

dan usrah ini kata Hasan Al Banna ialah :


Usrah
Islam mengambil berat soal pembentukan keluarga di kalangan sesamaumat Islam. Islam membimbing mereka ke arah kedudukan yang tinggi. Islammengeratkan ikatan dan hubungan sesama mereka. Islam juga meningkatkantahap persaudaraan mereka daripada hanya pada tahap teori ke tahap amali.Saudara, berusahalah supaya anda menjadi sebahagian daripada batu-bata yangbaik dalam binaan Islam ini.Sistem usrah ini mempunyai tiga rukun. Jagalah rukun-rukun ini. Cubalahsedaya upaya untuk merealisasikannya supaya hubungan ini wujud bukansekadar kerana suatu arahan sebaliknya ada roh di sebalik pelaksanaannya.

dalam usrah ini ada beberapa rukun yang perlu diamalkan
1. Taaruf (kenal mengenali)
2. Tafahum (faham memahami)
3. Takaful (bantu membantu)



Shafiq Firdaus Misdi

Masih segar namamu wahai sahabat ku..walaupun sudah lama tidak berjumpa..namun kenangan zaman persekolahan kita masih subur didalam ingatan..betapa kau meminati sastera dan tidak pernah mengecewakan cikgu yang memberi latihan..untuk dihantar dan diperiksa..

Hari ini kita berjumpa lagi..berjumpa didalam keadaan cukup berbeza..sedang kau telantar sakit dan aku berdiri lesu menghadap mu..sedang kau bergelut dengan nyawa mu antara hidup dan mati..aku pula gelisah melihat akan keadaan mu..

Sebak sungguh hati ini melihat ibumu memanggil manggil namamu..merayu rayu agar kau bangun segera memeluknya..setelah semua tiada..aku dapat capai tangan mu lalu berdoa..

"Ya Allah..kau ampunkanlah dosa sahabat ku ini..Kau bantulah dia untuk sembuh dan melawan penyakitnya..Kau kuatkanlah semangatnya.. Ya rabb sekiranya sampai satu tika nanti Kau harus menjemputnya maka jemputlah dia dalam keadaan dia beriman kepada mu...hadiahkanlah dia Jannah firdausi Mu..Amin Ya Rabb"

Sungguh sebak..namun aku tahan juga airmata ini sebab menghormati si ibu yang amat gelisah..takut takut si ibu pula risau kalau aku menitiskan airmata..namun dalam hati ini berbagai perasaan timbul..
bagaimana keadaan aku dijemput esok?
sempatkah aku perbaiki diri?
dimana tempatku selepas kehidupan ini?
cukupkah amalanku?
dan pelbagai soalan yang tiada jawapannya pada waktu itu..lalu ku tinggalkan sahabatku dengan ucapan..assalamualaikum ya shafiq dan jaga dirimu baik2..

teringat beberapa hadis Nabi mengenai menziarah orang sakit..

Abu Hurairah ra meriwayatkan: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajiban seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]

Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

Antara adab-adab menziarahi pesakit ialah;

a- Berniat menziarahi orang sakit sebagai mengikut sunnah Rasulullah saw.
b- Memberi nasihat agar bersabar dan tabah menghadapi ujian.
c- Bertanyakan tentang ibadatnya; solat dan lain-lain, sekiranya dia tidak mampu ajarlah mereka atau bertanyakan kepada orang yang pandai.
d- Menyampaikan ucapan yang baik agar dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
e- Pendek dan jarakkan waktu ziarah, jangan terlalu lama dan kerap menziarahinya. (kecuali pesakit itu mengkehendaki sebaliknya).
f- Mendoakan pesakit agar lekas sembuh.
Hendaklah kita mendoakan dengan doa yang diajar oleh Rasulullah saw agar dia cepat sembuh dan bersabar dalam menghadapi kesakitan;

((أَذْهِبْ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لا شِفَاءَ إِلا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لا يُغَادِرُ سَقَمًا))
“Ya Allah! Hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu jua, sesuatu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit”. [HR Bukhari]

لاَ بَأْسَ، طَهُورٌ إِنْ شَاءَ الله
“Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insya’Allah”. [HR Bukhari]
Rasulullah saw bersabda: “Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membaca doa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitnya itu:

أَسْأَلُ اللهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ.
Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Arasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau”. (tujuh Kali). [HR At-Tirmizi dan Abu Daud]

Doa Jibrail kepada Nabi saw ketika Baginda sakit:

بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ
“Dengan Nama Allah aku menjampikan mu dari semua perkara yang menyusahkanmu…” [HR Ibn Majah]

g- Bacaan dan perbuatan apabila tubuh merasa sakit;
“Letak tangan di tempat sakit kemudian baca: بِسْمِ اللهِ.
“Bismillah” tiga kali, dan baca tujuh kali:

أَعُوْذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ، مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan Allah dan kekuasaanNya dari kejahatan yang aku dapati dan aku takuti” [HR: Muslim].
h- Jika ditakdirkan pesakit itu berada dalam kecemasan, tenat atau sedang menghadapi nazak, maka berdoalah kepadanya;
اللَّهُمَّ أَعِنهُ عَلَى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ
“Ya Allah, bantulah dia di atas sakarat al-maut”.
i- Ajaran kepada orang yang sedang nazak; La ilaha illallah!
“Sesiapa yang akhir ucapannya: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّه
“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah”, dia akan dapat masuk syurga”. [HR Abu Daud 3/190. Lihat: Sahih Al-Jami' 5/432].

wallahualam..ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..hidup sebelum mati..

Seksi yang bakal seksa

Lately aku sering melihat ramai anak muda yang sekarang teruja untuk menjadi model..lebih hebat dari itu ada yang mampu beraksi lebih hebat dari supermodel..aku pernah ada ditempat mereka..aku pernah merasa bahang rasa menjadi anak muda..serba salah jadinya..

Kadang kadang aku lihat seseorang gadis itu tiada ciri apa pun yg melayakkan dia menjadi model..tapi dek sebab dia mampu mendedahkan bahagian tubuhnya menjadikan dia di chop halal sebagai supermodel..

Seperti aku nyatakan bahawa aku amat paham ini adalah salah satu proses perjalanan zaman anda..dan anda memilih jalan anda..cuma nasihat aku..kaji semula perjalanan anda..ingat selalu Allah suka kepada anak muda yang kuat beribadah dan menjaga batas batas agamanya dalam segala hal..semua pun atas rahmat dan hidayah Allah..aku tidak menghukum kalian..cuma marilah muhasabah diri agar kita cantik dari pandangan Allah..

Allah berfirman di dalam Alquran:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (An-Nuur: Ayat 31).

Wednesday, December 21, 2011

Kau buat ku tersenyum

"x terlambat utk sy perbetulkan diri..dan sy nak ucap pada awak..terima kasih..awak byk buka minda sy..walaupun ia sedakar dlm fb"

" sbb sy kata awak bg sy tersenyum..kalau kita x bertemu pun, sy rs x kisah.. cukup la nasihat awak dlm fb ni.. dah buat sy tersenyum"

berikut adalah petikan kata kata seorang sahabat yang aku kenal yang dalam perjalanannya mencari Tuan Pemilik Alam..dan aku yang tidak ada apa apa ini hanya dapat membantu apa yang terdaya untuk memastikan bahawa dia sentiasa beroleh apa yang diperlukan untuk memudahkan perjalanan menuju Allah..

aku memandang proses hijrah ini apabila berkehendakan Allah segalanya menjadi mudah..setiap perkara menjadi lancar...setiap bantuan sampai seperti angin berlalu..setiap halangan relai ibarat badai menghempas..



aku selalu peringatkan diriku untuk sentiasa membantu dan berbuat baik dengan orang yang memerlukan sekiranya aku mempunyai kelebihan dalam hal hal tertentu..

إِنَّ رَحْمَتَ اللهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ 56    
”Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (QS. Al-a’raf:56)

Yakni, orang yang berbuat baik dalam beribadah kepada Allah, dan berbuat baik kepada para hamba Allah.

pesan aku setiap perkara dalam hidup kita ibadah..jangan terlalu sempit ibadah itu hanya di atas sejadah..belapar perut..didepan kaabah sahaja..ibadah itu universal..mengutip duri tepi jalan dengan niat tidak mahu orang lain sakit terpijaknya pun adalah ibadah..ibadah boleh jadi apa sahaja..setiap saat dan detik ibadah..mengingati Allah selalu itu adalah pokoknya..cubalah aku pasti ketenangan bakal mengunjungi laman hati mu..insyallah

Tuesday, December 20, 2011

Air itu meleleh

di tandas pejabat ku ..tangki airnya meleleh dan mengeluarkan air yang tidak berhenti henti..sudah beberapa hari ku perhatikan..namun hari ini semasa mengambil wuduk ditandas itu..aku melihat perkara yang sama masih lagi terjadi..

di benak ku..
tiada siapakah yang ingin membetulkan tangki ini?
adakah kerana ini bukan harta dan milik kita maka biarkan sahaja?
dimana tanggungjawab sebagai muslim yang tidak membazir?
adakah ingin menunding jari bahawa aku tidak gunakan tandas itu maka mengapa harus perlu aku membaikinya?

aku menghapuskan segala pikiran benak ku dengan menutup paip utama..dan jika perlu nanti buka saja paip utama itu kalau ada yg perlukan air..solusi air tidak membazir..

insyallah kalau tidak ada yang membaikinya..aku akan cuba membaikinya..ibadah mudah siapa nak bagi..thanx Allah buka mata ku..



Travelog ( Part 2)

BEKALAN

Saya bawakan contoh agar kita paham dan nampak apa jenis bekalan yang dimaksudkan.

Cuba bayangkan yang anda ingin ke pejabat, sekolah atau mana mana saja rutin harian anda perlu pergi selain di rumah. Sebagai contoh "pejabat", anda sudah tentu perlukan beberapa perkara sebagai bekalan untuk menghadapi hari anda di pejabat. Contoh ; duit untuk makan, ilmu untuk menguruskan hal hal kerja anda, pakaian yang elok untuk ke pejabat dan sebagainya yg memenuhi tuntutan kerja anda.

Itu untuk pejabat, kita pergi skop sedikit kehadapan lagi iaitu anda akan bercuti dimana2 pusat peranginan selama 3hari lebih kurang. Dalam masa 3hari itu sudah tentu ada perlu sediakan "bekalan" yang lebih dari persediaan anda kepejabat tadi bukan?

Baju yang lebih..ilmu yang banyak tentang tempat yang ingin anda bercuti itu..duit yang cukup..dan sebagainya bagi memenuhi tuntutan percutian anda..

Lihat pula pada orang yang hendak pergi menunaikan haji..yang bermusafir 40hari lebih lamanya di tempat orang..apa jenis bekalan yang mereka sediakan dan persiapkan buat diri mereka...berapa banyak kursus sudah mereka hadir...berapa banyak wang sudah dihabiskan membeli keperluan..berapa byk tabungan sudah mereka sediakan..hanya kerana hendak tunaikan haji dan menghadap Allah..

persoalannya "bekalan jenis apakah yang sudah kita sediakan untuk kita menghadap Tuan Pemilik Alam..adakah bekalan yang biasa biasa sahajakah atau persediaan yang sehabis baik dan yang terbaik?"

Aku punya khilaf ku dan ku perbaiki bagaimana dengan kamu?

Travelog (Part 1)

Hari ini genap hampir 14hari kepulangan aku di tanah air, Malaysia.Setelah berhempas pulas mengejar segala pengalaman dan kenangan di kota Makkah dan Madinah maka kepulangan aku disifatkan sebagai satu kepuasan rohani yg tidak dapat diungkapkan dengan kata kata.Maka aku semat segalanya dengan baik didalam kotak kenangan.Insyallah

Setelah menjalani kehidupan 75hari disana.Banyak perkara yg mengajar aku agar lebih melihat kehidupan dari skop yg lebih luas.

"hidup ini bukan mengenai perjalanan hidup kita seorang sahaja..kita punya tanggungjawab..sebagai anak..sebagai khalifah..sebagai hamba..ingat perjanjian kita sejak di luh mahfuz lagi..jangan pernah alpa dengan dunia yang melalaikan..cuba muhasabah diri agar memberi manfaat kepada orang lain..kepada keluarga..kepada masyarakat"

pepatah arab ada menyebut

"perjalanan menuju MATI itu telah bermula sejak kita mula dilahirkan"


maka beringatlah bahawa kita hadir disini sebagai persinggahan sementara dan akan pulang menghadapNya tidak lama lagi..maka dengan itu kita perlukan BEKALAN buat diri kita menghadapNya sebaik mungkin..



KSH

Cinta


" cinta itu indah kalau pandai mengemudikannya...kau nakhodanya peliharalah anak kapal mu agar tidak karam dilautan cinta.." KSH

Monday, December 19, 2011

Pertama dan bukan yang terakhir KSH

KSH memegang makna Khilaf Seorang Hamba.

Sebuah blog yang berkisarkan tentang pendapat dan pandangan ana terhadap sesuatu benda dalam kehidupan seharian.Ana akan berkongsi segala pendapat dalam sesuatu perkara dari sudut pandangan ana.Dengan harapan pandangan dan pendapat ini dapat memberi manfaat dan idea idea baru untuk kita menjalani kehidupan yang bersifat sebagai seorang hamba.