Saturday, January 14, 2012

Mencari ketenangan


Selepas makan malam lalu dicapai tangan sham seraya berkata si cantik manis..

"Abg beberapa hari lepas sya dan suami ada berbincang tentang hubungan kami..rasanya macam susah sangat hendak diperbaiki lagi..sya minta dilepaskan kerana dalam hubungan ini pelbagai perkara yang hambar berlaku dan sya perlukan insan yang boleh menjaga dan mendidik sya.."

terdiam sham bila insan yang dia sifatkan sebagai kekasihnya itu menyatakan apa isihatinya..dalam detik hati sham..dia amat mengerti akan permasalahan yang dihadapi oleh aisyah..namun apa yang dapat sham katakan..

hanya menyimpan setiap rasa sebaik mungkin agar tidak menpengaruhi aisyah untuk membuat keputusan terburu buru..meskipun bentak hati amatlah sham menyayangi aisyah..

belum sempat berkata apa..aisyah terus mengomel kecil lagi..

"abg..sya nak tanya abg betul betul..betul ke abg nak peristerikan sya kalau apa apa terjadi pada sya nanti?.."

sayu memandang mata yang penuh pengharapan yang amat risaukan masa depannya..aku amat yakin yang dia amat mencari seseorang yg dapat bersamanya bermujahadah..dan tidak sekali aku sangsikan keikhlasan dia..

terusan lagi sya mengomel..

"pada pendapat sya kalau didalam perkahwinan itu tidak punya persefahaman dari segi "sex and communication" amat sukar untuk membentuk keharmonian..ya banyak lagi faktor lain lagi..tapi bagi sya ..kalau communcation breakdown..paling tidak masalah itu dapat diselesaikan dengan hubungan diatas katil..tetapi kalau diatas katil pun tiada maka agak sukar juga..ya ya sya tahu ada lagi faktor lain..sya tahu sangat abg..

tetapi cuba bayangkan dalam sepuluh perkara...1 kebaikan dan 9 kelemahan..kita manusia ini kalau asyik memandang yang buruk sahaja akan dapat buruklah..yang baik satu itu tiada nilai buat kita kerana terlalu melihat yang buruk itu..sedangkan kita boleh saja bersangka baik dengan melihat satu kebaikan itu dan mencari solusi pada yang sembilan keburukan tadi dan bukan menghentam"


ternyata banyak yang aisyah pendam selama ini..banyak yang ingin diperkatakan..banyak yang ingin diperbaiki..terusan aku menjadi pendengar yang setia..dapat benar aku rasakan berat pundak yang sedang dia pikulkan..namun itulah bagian yang Allah sediakan buat srikandi hebat ini..ternyata dia gagah mengharungi kehidupan yang penuh ranjau..

kini aku pula memaut tangannya..dan mengambil alih perbualan yang dikuasai aisyah..

"abg sangat faham apa yang aisyah rasakan sayang..tetapi tidak adil bagi abg untuk memberi pendapat..kerana ianya mungkin mempengaruhi aisyah untuk berbuat keputusan aisyah sekarang..tapi apa yang abg nak cakapkan ialah..aisyah mmg punya tempat dihati abg..yer kalau sudah ketetapan jodoh memang abg nk peristerikan aisyah..punya keluarga yang sakinah..punya isteri sebagai penguat utk beribadah dan sama sama mencari Allah"


manik jernih itu mula membasahi pipi si cantik manis..ternyata terlalu berat apa yang dirasai..dan lalui..perlbagai kisah pahit manis dalam hidupnya..ternyata nampak benar sikap ingin berubah namun kaki dan tangan seolah sudah diikat..dan tiada arah tuju..terusan berkata dia berkata lagi


"dulu perkara pertama bila sampai diBaitullah sya berdoa agar suami dilembutkan hati dan lebih menerima sya..serta berubah kearah kebaikan.."

aisyah jaga benar pertuturannya agar tidak mengeluarkan sebarang aib suaminya..dan air mata itu tidak tertahan lagi..pedih  dan dalam lukanya hanya mungkin dia lalui seorang selama ini..dia mencari arah yang masih samar tentang masa depan..

"abg sebenarnya bila solat tadi rasa sangat seronok dan gembira apabila sya cakap mengenai hal ini..ya abg tahu sya sudah bersuami..dan abg tidak minta sya bercerai dengan suami kerana abg..sebab abg pun taktahu jodoh abg dengan siapa..itukan rahsia Allah..

tapi bila sya cakap macam tuh..abg berasa amat tenang..kerana abg dapat rasa dan bayangkan yang kita dapat bentuk suatu keluarga kita yang baik dan mencari Allah sama sama..

tetapi ummi garang tau orangnya..sanggupkah berjumpa ummi kalau sya benar sedia jadi isteri abg? sanggupkah bersusah senang dengan abg? ..abg ni bergaji kecil sahaja.. duduk dengan mak abg?"

"sya rasa itu bukan masalah..sya sudah biasa menjaga ibu suami sebelum ini..dan sya pernah hidup susah juga..abg jangan lah risau tentang itu..apa yang kita ada kita kongsilah bersama..kalau kita nak senang sikit mgkn kita boleh buat bisnes"


nampaknya aisyah lebih berfikiran jauh dari yang aku sangkakan..dan aku amat tenang dengan setiap bait bait kata yang keluar dari dirinya mematahkan hujah dan persoalan aku..

bersambung ..

No comments:

Post a Comment