Monday, January 23, 2012

Cina yang raya kita yang sibuk

Alhamdulillah 2012 menyaksikan Raya Cina mengambil tempat pertama untuk memenuhi kalendar Malaysia dengan menghiasi cuti tahunan kita. Sememangnya Malaysia cukup terkenal dengan cuti perayaan. Maklumlah dengan keadaan kita hidup berbagai kaum dan bangsa. Jadi setiap kaum dan bangsa yang utama di Malaysia berhak mendapat cuti bagi menyambut hari hari kebesaran mereka yang tertentu.

Memandang hal ini tercetus pemikiran aku sejak sehari dua ini. Aku yang sememangnya KL Boy. Merasakan sesuatu apabila tiba perayaan tahun baru cina ni.

Yang pertama cuba lihat nama perayaan tahun baru cina.Tapi di lebuhraya sesak barak dengan orang orang melayu yang sama sama ambil kesempatan untuk balik kampung bila tiba raya cina ini. Bagi aku satu amalan yang sihat.Cuma apabila hal ini terjadi membuatkan aku tercetus pemikiran Kedua iaitu sejak sehari dua ni aku nak drive kemana pun di KL ni lancar dan cepat je ..tidak seperti hari biasa aku drive pergi office.. ini bermakna kalau ikutkan pecaturan yang betul.. orang KL takda lah ramai manakan.. Alangkah indahnya kalau masing masing kerja dinegeri masing masing dan biarkan kami orang KL menikmati jalanraya sepenuhnya..huhu..sungguh aku perlukan penyelesaian yang berkesan bagi kesesakan jalanraya diMalaysia ni terutamanya KL

No comments:

Post a Comment