Friday, January 6, 2012

Hari hari ku lalui penuh tenang

As salam,

Istiqamah, tersenyum aku bila tersebut perkataan ini..sungguh baru terasa bahang yang mencabar diri aku terhadap azam baru aku ini..sememangnya jadual teramat pack..namun ku usung juga jasad aku ini kehulur kehilir ibarat bangkai yang tiada daya upaya bergerak tanpa izinNya..

Ya sememang inilah janji dan azam aku sebelum aku pulang ke tanahair seketika dahulu..untuk ada sebuah blog yang dimana aku dapat menyumbang kembali pada masyarakat..namun hakikatnya sekarang belum nampak hasilnya lagi..apalah yg aku harapkan dengan pengalaman yg tiada..tiba tiba dapat menghasilkan sebuah blog yg hebat..sudah barang tentu tidak..aku perlukan masa..ya masa yang akan menentukan segalanya..dan kita istiqamah adalah perkara yg terbaik untuk dilakukan..

Aku selitkan beberapa aktiviti aku sebelum menghampiri hari ini..
30 December 2011, dirancang dengan begitu ringkas aku dan beberapa orang sahabat dimakkah menyusun agenda untuk bertemu di One Utama.Syafiq Zulakifli sudi menjadi tuan rumah bagi majlis kecil ini..

Yang hadir ialah Syafiq Zulakifli, Al Hijrah. Izwan Azir, Media Prima TV3. Nazri Kahar, Astro Awani dan juga Imam Muda Azhar, Astro Oasis. Berborak dengan mereka cukup menyenangkan hati dan kami pulang lewat malam juga kesudahannya.

 





















1 Januari 2012, Pelita SS15, Subang Jaya. Dengan usaha dari Abg Faisal Blogger maka terhimpunlah semua sahabat2 dari team media

(Dari kiri : Blogger, Hj Faisal Blogger, Hj Nasser PR TH, Hj Aziz Bernama, Hj YB RTM, Hj Fadzil AlHijrah, Dato Azeez, Hj Din Patin RTM, Hj Syafiq AlHijrah, Hj Izwan TV3, Hj Nazri Kahar Astro, Imam Muda Azhar, Hajah Nik Hasnah IKIM, Hj Fadlishah CPSB, Hj Izelan Basar Astro, Hj Rashid TV3, Hj Ubai CPSB)



Sempat juga ada satu gambar kenangan bersama Hj Din Patin RTM, mengenali beliau sebagai antara teman setia yang selalu menemani aku dalam perjalanan malam ku menuju ke Masjidil Haram.

Selalunya kalau dia takda assignment sudah tentu dia akan bertanya adakah aku akan ke Masjidil Haram pada malam tersebut.Kalau tidak adanya dia selalunya pemergian aku selalunya seorang sahaja.

Aku berdoa agar persahabatan dengan kesemua sahabat ini kekal hingga hujung nyawa dan diberkati Allah selalu, Insyallah.

wallahualam

No comments:

Post a Comment