Monday, January 23, 2012

Cina yang raya kita yang sibuk

Alhamdulillah 2012 menyaksikan Raya Cina mengambil tempat pertama untuk memenuhi kalendar Malaysia dengan menghiasi cuti tahunan kita. Sememangnya Malaysia cukup terkenal dengan cuti perayaan. Maklumlah dengan keadaan kita hidup berbagai kaum dan bangsa. Jadi setiap kaum dan bangsa yang utama di Malaysia berhak mendapat cuti bagi menyambut hari hari kebesaran mereka yang tertentu.

Memandang hal ini tercetus pemikiran aku sejak sehari dua ini. Aku yang sememangnya KL Boy. Merasakan sesuatu apabila tiba perayaan tahun baru cina ni.

Yang pertama cuba lihat nama perayaan tahun baru cina.Tapi di lebuhraya sesak barak dengan orang orang melayu yang sama sama ambil kesempatan untuk balik kampung bila tiba raya cina ini. Bagi aku satu amalan yang sihat.Cuma apabila hal ini terjadi membuatkan aku tercetus pemikiran Kedua iaitu sejak sehari dua ni aku nak drive kemana pun di KL ni lancar dan cepat je ..tidak seperti hari biasa aku drive pergi office.. ini bermakna kalau ikutkan pecaturan yang betul.. orang KL takda lah ramai manakan.. Alangkah indahnya kalau masing masing kerja dinegeri masing masing dan biarkan kami orang KL menikmati jalanraya sepenuhnya..huhu..sungguh aku perlukan penyelesaian yang berkesan bagi kesesakan jalanraya diMalaysia ni terutamanya KL

Thursday, January 19, 2012

Kita dan nasib kita

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11

Apa yang kita paham dari ayat yang diatas?
Dari sudut pandang yang bagaimana yang ingin kita ulaskan untuk dikupas secara ilmiah?
Kita selalu persoalkan tentang nasib yang tidak menyebelahi kita apabila ditimpa malang atau ujian.
Namun kita pula selalu berkata "kita bernasib baik" apabila keadaan menyebelahi kita.
Adakah itu sememangnya sifat kita menyalahkan takdir apabila keadaan tidak kena citarasa kita dan bergembira apabila keadaan itu menyebelahi kita dengan mengatakan "kita bernasib baik"



Tuesday, January 17, 2012

Antara kekasih dan KEKASIH

Kita selalu runsing apabila kita tidak dapat menghubungi kekasih kita,
Tetapi bila kita tidak hubungi KEKASIH kita, tiada pula rasa runsing dan susah hati,

Kita selalu susah hati kalau kekasih kita merajuk dan kecil hati dengan perbuatan kita,
Tetapi kita takpernah fikir akan perbuatan dan tingkah laku kita itu membuat KEKASIH kita terluka,

Kita selalu kata kasih dan sayang pada kekasih kita dan sanggup berkorban apa sahaja,
Tetapi untuk KEKASIH kita kadang kadang hendak berjumpa pun kita tidak punya masa,

Kita adakalanya sanggup bersabar walaupun kekasih kita bersikap diluar batasan,
Tetapi kita selalu curang dan berpaling dari KEKASIH kita,


Monday, January 16, 2012

MUSLIMAH by NAZREY JOHARI


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu

Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya

Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati

Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya

Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah

Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta

Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Nota : Betapa santunnya lagu ini..betapa seseorang itu kalau memahami bahawa wanita ini ada kekuatan yang tertentu boleh dihargai..betapa wanita itu kalau taat pada Allah senang sungguh meraih surga Allah

Saturday, January 14, 2012

Mencari ketenangan


Selepas makan malam lalu dicapai tangan sham seraya berkata si cantik manis..

"Abg beberapa hari lepas sya dan suami ada berbincang tentang hubungan kami..rasanya macam susah sangat hendak diperbaiki lagi..sya minta dilepaskan kerana dalam hubungan ini pelbagai perkara yang hambar berlaku dan sya perlukan insan yang boleh menjaga dan mendidik sya.."

terdiam sham bila insan yang dia sifatkan sebagai kekasihnya itu menyatakan apa isihatinya..dalam detik hati sham..dia amat mengerti akan permasalahan yang dihadapi oleh aisyah..namun apa yang dapat sham katakan..

hanya menyimpan setiap rasa sebaik mungkin agar tidak menpengaruhi aisyah untuk membuat keputusan terburu buru..meskipun bentak hati amatlah sham menyayangi aisyah..

belum sempat berkata apa..aisyah terus mengomel kecil lagi..

"abg..sya nak tanya abg betul betul..betul ke abg nak peristerikan sya kalau apa apa terjadi pada sya nanti?.."

sayu memandang mata yang penuh pengharapan yang amat risaukan masa depannya..aku amat yakin yang dia amat mencari seseorang yg dapat bersamanya bermujahadah..dan tidak sekali aku sangsikan keikhlasan dia..

terusan lagi sya mengomel..

"pada pendapat sya kalau didalam perkahwinan itu tidak punya persefahaman dari segi "sex and communication" amat sukar untuk membentuk keharmonian..ya banyak lagi faktor lain lagi..tapi bagi sya ..kalau communcation breakdown..paling tidak masalah itu dapat diselesaikan dengan hubungan diatas katil..tetapi kalau diatas katil pun tiada maka agak sukar juga..ya ya sya tahu ada lagi faktor lain..sya tahu sangat abg..

tetapi cuba bayangkan dalam sepuluh perkara...1 kebaikan dan 9 kelemahan..kita manusia ini kalau asyik memandang yang buruk sahaja akan dapat buruklah..yang baik satu itu tiada nilai buat kita kerana terlalu melihat yang buruk itu..sedangkan kita boleh saja bersangka baik dengan melihat satu kebaikan itu dan mencari solusi pada yang sembilan keburukan tadi dan bukan menghentam"


ternyata banyak yang aisyah pendam selama ini..banyak yang ingin diperkatakan..banyak yang ingin diperbaiki..terusan aku menjadi pendengar yang setia..dapat benar aku rasakan berat pundak yang sedang dia pikulkan..namun itulah bagian yang Allah sediakan buat srikandi hebat ini..ternyata dia gagah mengharungi kehidupan yang penuh ranjau..

kini aku pula memaut tangannya..dan mengambil alih perbualan yang dikuasai aisyah..

"abg sangat faham apa yang aisyah rasakan sayang..tetapi tidak adil bagi abg untuk memberi pendapat..kerana ianya mungkin mempengaruhi aisyah untuk berbuat keputusan aisyah sekarang..tapi apa yang abg nak cakapkan ialah..aisyah mmg punya tempat dihati abg..yer kalau sudah ketetapan jodoh memang abg nk peristerikan aisyah..punya keluarga yang sakinah..punya isteri sebagai penguat utk beribadah dan sama sama mencari Allah"


manik jernih itu mula membasahi pipi si cantik manis..ternyata terlalu berat apa yang dirasai..dan lalui..perlbagai kisah pahit manis dalam hidupnya..ternyata nampak benar sikap ingin berubah namun kaki dan tangan seolah sudah diikat..dan tiada arah tuju..terusan berkata dia berkata lagi


"dulu perkara pertama bila sampai diBaitullah sya berdoa agar suami dilembutkan hati dan lebih menerima sya..serta berubah kearah kebaikan.."

aisyah jaga benar pertuturannya agar tidak mengeluarkan sebarang aib suaminya..dan air mata itu tidak tertahan lagi..pedih  dan dalam lukanya hanya mungkin dia lalui seorang selama ini..dia mencari arah yang masih samar tentang masa depan..

"abg sebenarnya bila solat tadi rasa sangat seronok dan gembira apabila sya cakap mengenai hal ini..ya abg tahu sya sudah bersuami..dan abg tidak minta sya bercerai dengan suami kerana abg..sebab abg pun taktahu jodoh abg dengan siapa..itukan rahsia Allah..

tapi bila sya cakap macam tuh..abg berasa amat tenang..kerana abg dapat rasa dan bayangkan yang kita dapat bentuk suatu keluarga kita yang baik dan mencari Allah sama sama..

tetapi ummi garang tau orangnya..sanggupkah berjumpa ummi kalau sya benar sedia jadi isteri abg? sanggupkah bersusah senang dengan abg? ..abg ni bergaji kecil sahaja.. duduk dengan mak abg?"

"sya rasa itu bukan masalah..sya sudah biasa menjaga ibu suami sebelum ini..dan sya pernah hidup susah juga..abg jangan lah risau tentang itu..apa yang kita ada kita kongsilah bersama..kalau kita nak senang sikit mgkn kita boleh buat bisnes"


nampaknya aisyah lebih berfikiran jauh dari yang aku sangkakan..dan aku amat tenang dengan setiap bait bait kata yang keluar dari dirinya mematahkan hujah dan persoalan aku..

bersambung ..

Tuesday, January 10, 2012

Majlis Kesyukuran Tamat Operasi Haji 1432H


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..
Tamat sudah segalanya..operasi haji bagi tahun 1432H secara rasminya..
Operasinya tamat..tetapi ukhwah itu tidak tamat dan terhenti disini sahaja..
Insyallah ada beberapa lagi siri perjumpaan bakal dirancang..
Antaranya bulan 3 ini kami mungkin akan ber backpacking ke kota singa..singapura..
dan perancangan masa jauh akan menunaikan Umrah bersama sama..Insyallah

Apapun Tahniah pada Tabung Haji suatu pengalaman yang sangat bagus..yang tidak sesekali mungkin akan luput diminda aku sebagai petugas haji dan jemaah haji..insyallah time to time akan aku selongkar kisah kisah menarik sepanjang aku berada dibumi suci itu..

Sebenarnya aku dan sahabat aku tidak dapat jemputan rasmi pun kemajlis ini..tetapi sebabkan sudah berjanji dengan sahabat sahabat media dan kebetulan aku ada urusan disana maka dapatlah aku hadirkan diri..agak terlewat sedikit..namun aku tidak ketinggalan acara kemuncak iaitu "makan"..cuma yang kelakar tu..kobis masih ada lagi walaupun dah pulang kemalaysia..Allahuakbar..kenangan..

Anyway sempat juga bergambar dengan kawan kawan..dan yang paling penting orang kuat Tabung Haji Dato Syed Saleh selaku Ketua Rombongan Haji 1432H (KRH) sudi bergambar dengan Media..perghh hebat..tapi dato mmg steady..





Friday, January 6, 2012

Hari hari ku lalui penuh tenang

As salam,

Istiqamah, tersenyum aku bila tersebut perkataan ini..sungguh baru terasa bahang yang mencabar diri aku terhadap azam baru aku ini..sememangnya jadual teramat pack..namun ku usung juga jasad aku ini kehulur kehilir ibarat bangkai yang tiada daya upaya bergerak tanpa izinNya..

Ya sememang inilah janji dan azam aku sebelum aku pulang ke tanahair seketika dahulu..untuk ada sebuah blog yang dimana aku dapat menyumbang kembali pada masyarakat..namun hakikatnya sekarang belum nampak hasilnya lagi..apalah yg aku harapkan dengan pengalaman yg tiada..tiba tiba dapat menghasilkan sebuah blog yg hebat..sudah barang tentu tidak..aku perlukan masa..ya masa yang akan menentukan segalanya..dan kita istiqamah adalah perkara yg terbaik untuk dilakukan..

Aku selitkan beberapa aktiviti aku sebelum menghampiri hari ini..
30 December 2011, dirancang dengan begitu ringkas aku dan beberapa orang sahabat dimakkah menyusun agenda untuk bertemu di One Utama.Syafiq Zulakifli sudi menjadi tuan rumah bagi majlis kecil ini..

Yang hadir ialah Syafiq Zulakifli, Al Hijrah. Izwan Azir, Media Prima TV3. Nazri Kahar, Astro Awani dan juga Imam Muda Azhar, Astro Oasis. Berborak dengan mereka cukup menyenangkan hati dan kami pulang lewat malam juga kesudahannya.

 





















1 Januari 2012, Pelita SS15, Subang Jaya. Dengan usaha dari Abg Faisal Blogger maka terhimpunlah semua sahabat2 dari team media

(Dari kiri : Blogger, Hj Faisal Blogger, Hj Nasser PR TH, Hj Aziz Bernama, Hj YB RTM, Hj Fadzil AlHijrah, Dato Azeez, Hj Din Patin RTM, Hj Syafiq AlHijrah, Hj Izwan TV3, Hj Nazri Kahar Astro, Imam Muda Azhar, Hajah Nik Hasnah IKIM, Hj Fadlishah CPSB, Hj Izelan Basar Astro, Hj Rashid TV3, Hj Ubai CPSB)



Sempat juga ada satu gambar kenangan bersama Hj Din Patin RTM, mengenali beliau sebagai antara teman setia yang selalu menemani aku dalam perjalanan malam ku menuju ke Masjidil Haram.

Selalunya kalau dia takda assignment sudah tentu dia akan bertanya adakah aku akan ke Masjidil Haram pada malam tersebut.Kalau tidak adanya dia selalunya pemergian aku selalunya seorang sahaja.

Aku berdoa agar persahabatan dengan kesemua sahabat ini kekal hingga hujung nyawa dan diberkati Allah selalu, Insyallah.

wallahualam